PENDAHULUAN
Bidang Electro-mechanical ini adalah kombinasi antara subjek elektronik dan juga mekanikal. Simbol asas bagi electro-mechanical adalah robot. Dimana ciri-ciri yang ada dalam mencipta robot itu dijadikan asas pembelajaran disini. Banyak perkara yang ada perlu diketahui dalam menyediakan robot contohnya design (autoCAD), electronik, mekanikal, welding, programming dan sebagainya. peluang-peluang yang akan diperolehi jika menceburi bidang ini adalah amat luas.
Tahap-tahap dalam Sukatan Latihan
Sukatan Latihan ini disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kemahiran
Kebangsaan (NOSS) oleh MLVK yang mengandungi perkara-perkara seperti Tajuk, Carta yang mengandungi duti dan tugas, dan Jadual-jadual yang mengandungi performance objective Langkah-langkah kerja, Keperluan memboleh, dan Peralatan dan Perkakas. Kandongan Sukatan latihan ini juga meliputi NOSS Juruteknik Pembuatan Industri (H 170-1 dan H 170-2 ) Tahap 1 & 2.
Kandungannya juga dimantapkan lagi dengan duti-duti yang diperlukan bagi penyediaan pengambilan Diploma ADTEC seperti Engineering Mathematic, Engineering Science dan Subjek Umum.
Penjelasan bagi penganugerahan sijil adalah seperti berikut:
Tahap 1 Trampil dalam melakukan sekumpulan duti pada tahap ini bagi bidang tugas berkaitan. Ketrampilan yang terkandung dalam tahap ini kebanyakan adalahroutine dan predictable.Pelatih pelatih yang tamat latihan dengan jayanya pada tahap ini adalah dicadangkan dan berketerampilan untuk menjawat jawatan Pembantu Juruteknik Mekatronik (Junior Mechatronik Technician).
Tahap 2 Trampil dalam melakukan sekumpulan duti pada tahap ini.Ketrampilan yang terkandung dalam tahap ini juga adalah routine dan sesetengahnya predictable dan dilakukan dalam pelbagai konteks yang memerlukan tanggungjawab persendirian dan autonomi. Pelatih pelatih yang tamat latihan dengan jayanya pada tahap ini adalah dicadangkan dan berketerampilan untuk menjawat jawatan Juruteknik Mekatronik(Mechatronic Technician) .
Kelulusan Pemakaian.
Dokumen ini telah diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Rakyat didalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Teknikal pada untuk digunapakai oleh institusi latihan dibawahnya.
Dokumen ini merupakan Sukatan Latihan bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Elektro-Mekanikal yang telah dibangunkan buat pertama kalinya oleh Jabatan Tenaga Rakyat. Ia merupakan satu-satunya dokumen yang ada di peringkat kebangsaan dan yang berkaitan dengan bidang tersebut. Oleh yang demikian ianya akan dimajukan untuk semakan dan kelulusan oleh pihak Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan untuk dijadikan dokumen Piawaian Kebangsaan bidang Juruteknik Mekatronik (Mechatronic Technician).